Monday, 17 November 2014

Di Jalan Dakwah Aku Berubah

Bismillahirahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam to all readers. =)

Sungguh pantas masa berlalu. Kadang-kadang teringat juga masa-masa jahiliyah dahulu. Bukan ingin kembali ke masa itu cuma tidak salah untuk kita selalu bermuhasabah dengan kesilapan yang telah kita lakukan dahulu. Tempat jatuh lagi di kenang inikan pula kehidupan lama yang kita pernah lalui itu.

Apa makna jahiliyah? Adakah apabila kita menyebut jahiliyah kita menggambarkan masyarakat jahiliyah di Mekah sebelum kedatangan Islam? Atau adakah kita menggambarkan jahiliyah itu seperti seseorang atau masyarakat yang tidak tahu pasal agama. Tidak sama sekali tidak. Jahiliyah dari definisi saya pula ialah seseorang atau masyarakat yang beragama Islam, mempunyai ilmu tentang Islam namun tidak mempraktikkan Islam apatah lagi menghayati nilai-nilai Islam dalam kehidupannya.

Begitulah kehidupan yang saya lalui buat hampir lapan belas tahun berpijak di dunia ini. Bukan tidak mendapat pendidikan Islam, bukan menolak ajaran Islam namun hidup saya sama seperti orang kebanyakan yang hanya memandang Islam pada Rukun-rukun Islam dan Rukun-rukun Iman sahaja.

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan diantara hati kamu (sehingga kamu bersatu- padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat pertunjuk hidayahNya.” (al-imran:103)

Hati saya cukup tersentuh dengan firman Allah S.W.T., “dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu”. Masing-masing ada keaiban masing-masing. Masing-masing ada zaman kegelapan masing-masing. Kalau dahulu kita mungkin yang selalu ada masalah ikhtilat, kalau dahulu kita mungkin yang tidak menjaga aurat, kalau dahulu kita mungkin yang tidak taat. Tapi ini tidak bermakna kita tidak boleh bertaubat.


Kita haruslah sentiasa muhasabah diri bahawasanya kita diberikan hidayah Allah itu bukan kerana ibadat kita, bukan juga kerana perilaku baik kita, namun kita diberikan hidayah Allah disebabkan rahmat Allah kepada kita, disebabkan kasih sayang Allah kepada kita. Bagaimana mungkin kita mampu mengasihi Allah sekiranya Allah tidak mengasihi kita. Kerana kasih sayang Allah itu dan Dia telah memilih kita untuk memperoleh nikmat hidayah ini.
Nikmat dan rahmat Allah itu terlalu luas buat kita. Cuma kita yang terlupa dan kurang bersyukur dengan nikmat yang diberikan ini. Bukan tidak ada contoh orang-orang yang telah menerima hidayah namun akhirnya mereka kembali kufur. Bukan tidak ada contoh orang-orang yang telah berjuang untuk agama Allah namun akhirnya mereka yang menentang agama Allah.
Suka untuk saya ingatkan diri saya dan sahabat-sahabat semua dengan peringatan Allah dalam surah Al-Maidah ayat 54,

“Wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad (keluar) dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.”

Allah S.W.T telah memilih kita untuk berada di jalan dakwah ini, maka janganlah pula kita mengambil sikap acuh tak acuh dalam melaksanakan tanggunggjawab ini. Janganlah pula kita menjauhkan diri daripada Allah dengan tidak menjaga ibadah. Janganlah pula kita melebihkan hal-hal dunia daripada hal-hal agama. Sungguh agama kita tidak sesekali memerlukan kita untuk memenangkannya tetapi kitalah yang memerlukan agama ini untuk mendapat keredhaan dari Dia. Perjalanan dakwah ini bukanlah perjalanan sementara ataupun persinggahan kita di alam kampus. Amanah yang Allah berikan ini tidak akan pernah berakhir sehingga kita bertemu ajal dan maut kita. Dunia bukanlah tempat rehat bagi kita, tetapi akhirat dan syurgalah tempat rehat sebenar bagi orang-orang bertakwa.

Pencinta Tuhan,

17.11.2014

Wednesday, 22 October 2014

Ceritera Ilmu


Bismillahirahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. 
Salam to all readers. =)

Alhamdulillah 'Ala kulli hal, 
Sekarang hampir berakhir minggu ke lima semester pertama tahun terakhir di bumi UTP ini.
Pejam celik pejam celik masa berlalu begitu pantas meninggalkan kita.

Beberapa hari yang lepas telah berlangsungnya hari konvokesyen UTP ke-14 di mana ia merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh setiap insan yang bergelar pelajar di sini.
Kita sememangnya tidak sabar untuk keluar dari tempat ini, untuk akhiri zaman pembelajaran ini, tapi dalam masa yang sama bila kita tanya pada diri, sejauh mana ilmu fardhu kifayah yang dipertanggungjawabkan ke atas diri kita ini telah kita kuasai. Kadang-kadang kita sendiri sangsi dengan ilmu yang kita miliki.

Manakan tidak otak kita seolah-olah telah didoktrin untuk belajar supaya cemerlang, supaya mendapat tempat dan gelaran pelajar cemerlang. Walhal selepas peperiksaan semua ilmu yang dipelajari telah hilang. 

Sedih.

Kadang-kadang kita mula berfikir dan mencari asbab kenapa kita yang dahulunya dikatakan 'budak scorer', 'budak straight As' mahupun 'top student' atau apa sekalipun gelarannya namun kini kita seolah-olah menghabiskan masa selama empat lima tahun belajar tetapi hakikatnya ilmu kita terasa masih kosong.

Persoalannya bukan ilmu itu makin payah dan susah bukan juga tahap kecerdikan kita semakin berkurang dan menurun, tapi berbalik kepada diri kita dan nawaitu kita di sini.

Hadis riwayat Ibn Hibban dan ia dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban (Muassasah al-Risalah, Beirut, 1997), hadis no: 78

“Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan kerana mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada Hari Kiamat.”

dan hadis kedua,

Hadis riwayat Ibn Hibban dengan para perawi yang dipercayai lagi sahih, demikian terang Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban, hadis no: 77

“Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama’, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.”

Tersentap bukan. Ya dari situ lah puncanya kenapa kita masih begini.
Saya tidak lah tujukan kepada siapa-siapa sebab majoritinya juga sama termasuklah saya sendiri.
Disebabkan sistem pendidikan negara yang seperti kilang ini lah yang menjadikan kita mencari ilmu hanya untuk dunia. Kita juga hanya belajar untuk mendapat kerja. Kita juga hanya belajar untuk menjadi kaya dan kumpul harta. Mecari redha? Mungkin ada mungkin juga tidak ada.



Semoga sisa-sisa masa yang berbaki ini menjadikan kita hambaNya yang melakukan apa sahaja hanya untuk mendapat redha Tuhan kita. Termasuklah menuntut ilmu ini. Kerana matlamat kita bukan dunia tapi syurga. Insha Allah.


Pencinta Tuhan,

22.10.2014



Friday, 8 August 2014

Yang Tidak Sempurna

Sempena hari ke dua puluh dua tahun esok insha Allah.

Aku mahu semua tahu dan faham banyak perkara tentang aku, tentang kita.
Dan berhenti bersangka-sangka.
Dan berhenti menganggap aku punya segala.

Mereka yang memandang aku mulia,  
Tak pernah melihat aibku.
Mereka yang menyangka aku kuat,
Tak pernah melihat air mataku.
Mereka yang menganggap aku bahagia, 
Tak pernah melihat luka dan calar dihatiku.
Mereka yang melihat aku sempurna, 
Tak pernah mengetahui kekuranganku.
Jujur, 
dan Allah lah yang menyembunyikan semua itu dari pandangan kamu.
Kerana, 
Terkadang, 
Tak semua hal perlu kau tahu. "

Yang Ikhlas,

Insantidaksempurna.

08.08.2014

Wednesday, 18 June 2014

Gadis

Salam perjuangan buat gadis-gadis haraki,

Yang sedia menyerahkan harta dan jiwanya demi Allah, yang hatinya terpasak aqidah perjuangan yang kukuh, yang teguh tanpa ragu-ragu, berintima’ dengan Harakah Islam yang semata-mata jelas perjuangannya demi menegakkan kalimah Allah hingga mencapai kemenangan atau Syahid dipertengahan jalan, 
moga- moga hingga helaan nafas detik ini masih tsabat dan berkobar- kobar semangatnya ingin meneruskan perjuangan.

Saya mengenal Perjuangan dengan penuh rasa takjub, kepada Allah yang menciptakan gadis-gadis haraki yang begitu degil, keras hati, dan tidak mudah mengalah dengan arus demi arus yang merintangi, semua itu ditanggapi sebagai proses tarbiyah yang menjadi makanan dalam perjuangan islam,
mulanya tertanya-tanya atas dasar apa mereka tidak tidur, berbagi kelas dengan meeting, usrah dan sebagainya, tapi akademiknya tidak lumpuh malah terus menerus dengan kecemerlangan. 


Gadis Haraki bukan gadis yang berjalan penuh keayuan, bercakap dengan suara yang hampir tidak kedengaran, dia bukan juga gadis idaman dalam filem- filem cinta islamik, juga bukan yang sentiasa menjinjing novel- novel cinta islamik, jika anda mencari muslimat seperti itu, maka jauhi gadis-gadis haraki, yang tega dan
bersuara lantang, bukan mengetepikan rasa malu yang sememangnya kembar bagi seorang muslimat, tetapi terpaksa menggadaikan prinsip selagi tidak bercanggah dengan syariat demi Ummah.

Lihat sahaja muslimat-muslimat harakah islam yang sanggup turun meredah banjir lumpur malah berasak-asak ditengah kota di malam tahun baru demi menyampaikan dakwah islam, kepelusuk kampung, malah ke luar negara yang dilanda bencana sekalipun. Dan tentu sahaja si gadis - gadisharaki juga mahu menjadi seperti kekanda dan juga bonda mereka dalam medan perjuangan, justeru, gadis- gadis haraki teguh dan tegar menempuh cakap- cakap sindiran yang menyatakan mereka ini tidak tahu malu, tidak pandai menjaga diri dan
sebagainya kerana gadis- gadis haraki ini sahajalah yang faham, mengapa mereka perlu turun dan betapa besarnya peranan mereka bukan sekadar tinggal diam dirumah, menonton drama korea mahupun
belajar semata-mata.kerana Ummah yang rosak akhlaknya dan penuh dengan budaya jahiliyyah, sentiasa melambai- lambai menuntut gadis-gadis haraki turun, atau lainnya menjawab nanti dihadapan Allah, itu
pilihan bagi gadis- gadis haraki.

Bukan sedikit tukaran yang terpaksa dibayar gadis-gadis haraki ini, tentangan keluarga yang tidak betah melihat anak gadisnya lincah kesana- kemari, sahabat- sahabat berbeza fikrah yang tidak akan mengerti,
malah kadang kala gadis-gadis haraki tidak terlepas dari ujian cinta yang sentiasa mengejari, maka si gadis haraki terus menerus mohon ditsabatkan Allah dalam medan perjuangan ini sehingga akhir hayatnya, kerana mereka sedar rantaian perjuangan islam ini sentiasa silih berganti, maka mereka- mereka inilah yang bakal
menjadi tampuk perjuangan di masa hadapan nanti, jadi terus-menerus si gadis haraki berdoa agar tidak futur
dipertengahan jalan dan semangatnya mati.


Si gadis haraki tidak penah jemu mengisi lompong- lompong dalam memahami perjuangan, sentiasa mengisi tsaqafah dengan bahan bacaan, rak bukunya penuh dengan makalah- makalah usrah, kitab-kitab haraki, buku-buku perjuangan dan travelog perjuangan tokoh- tokoh gerakan islam, dan tidak malu bertanya dengan ulama’ dan tidak pernah penat menghadiri usrah dan liqa- liqa kefahaman, agar perjuangan dapat dipegang dengan kukuh, kerana itu si gadis haraki tidak betah tinggal diam dirumah, kerana dia harus melumatkan kefahamannya terlebih dahulu sebelum memanggil gadis lain menyertai perjuangan ini.

Maka pejuang-pejuang harakah islamiyah diluar sana, jika anda inginkan suri hidup yang 24 jam dirumah, mengemas, mengulit si anak, tidak keluar berjuang sekalipun ke usrah, maka jauhilah gadis-gadis haraki, dan janganlah membantutkan semangat juang si gadis-gadis haraki.

Maka si gadis- gadis haraki, teruslah pegangi akidah perjuangan ini, yakini, dan berakhlak seperti engkau yang telah ditarbiyah, usah pernah berhenti, atau berniat untuk berehat sebentar, kerana perjuangan ini bersifat terus menerus dan memerlukan keistiqamahan, percayalah rehatmu yang awalnya dua bulan, bisa menjadi 4 bulan, setahun atau selama-lamanya engkau mungkin tidak akan menjejaki lagi jalan juang ini.

Usah pernah jemu nasihat menasihati kerana sahabat- sahabatmu bukanlah manusia sempurna, yang kadangkala tewas dalam siri- siri ujian yang Allah timpakan demi menguji keimanan mereka, ribat
tangan mereka sehingga kehujung jalan, kekuatan ukhwah kerana Allah itu luarbiasa
gengaman hatinya, maka jagalah mereka seperti engkau menjaga dirimu sendiri.
Sememangnya tidak dapat kita nafikan betapa halusnya perasaan seorang muslimat, malah ramai dikalangan muslimat yang tewas hanya kerana ditegur dalam mesyuarat secara tidak berhikmah, ingin melarikan diri dari perjuangan semata-mata kerana merasa diri dipinggirkan berbanding teman- teman, justeru, gadis-
gadis haraki yang benar- benar ikhlas dalam perjuangan ini, ayuh kita ketepikan soal hati dan perasaan dan sentiasa melatih diri menjadi gadis- gadis haraki yang teguh hati dan sentiasa ikhlas dalam perjuangan,
bukan kerana individu kita berjuang, bukan jua kerana pangkat dan sanjungan tertentu,
tapi benar- benar kerana Allah!



-copied-

Pencinta Tuhan,

18.06.2014

Thursday, 5 June 2014

Hati Seorang Dai'e

Bismillahirahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers. =)

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati." 
(Riwayat:  Bukhari dan Muslim)


Bila kita sebut soal hati, ramai orang mula mengaitkannya dengan perasaan-perasaan cinta, baitulmuslim dan sebagainya. Namun kita terlupa ada sesuatu yang lebih besar dan lebih penting yang perlu kita ketahui soal hati. 

Saya percaya ramai di antara kita dari si rambut perang hingga ke si pemakai serban, pasti pernah merasai pergelutan hati atau lebih tepatnya dikenali sebagai penyakit-penyakit hati.

Bagi saya, di antara banyak-banyak penyakit, penyakit hatilah yang paling ditakuti.
Manakan tidak, apabila hati kita telah mati, kita mula tidak rasa apa-apa terhadap dosa yang kita lakukan.
Yang lebih saya takut, kita beramal, kita berjuang, tetapi timbangan amal kita kosong dek kerana penyakit hati yang terpahit di hati kita. Nauzubillahi min zalik.

Contoh penyakit hati?

Rasa hebat dengan diri sendiri juga penyakit hati.
Rasa tidak ikhlas berbuat baik juga penyakit hati.
Suka apabila orang memuji kita juga penyakit hati.
Memandang rendah terhadap orang lain juga penyakit hati.
Banyak. 

Apabila berada di alam kampus terutamanya, kita biasanya akan ditaklifkan untuk memegang jawatan-jawatan terutamanya organisasi Rakan Masjid. Dari insan biasa yang tidak ada apa-apa, diangkat menjadi pimpinan untuk organisasi Islam di kampus bukan sesuatu yang mudah dan seronok.
Kita takut jika tidak dapat melaksanakan amanah itu dengan baik, namun kita jauh lebih takut untuk menjaga hati kita sewaktu memegang taklifan tersebut.

Al-Imam Az-Zahabi Radiallahu Anhu pernah berkata "Kami dahulunya masa mula belajar sedikit ada tidak ikhlas, tetapi bila lama belajar Allah rezekikan ikhlas."



Tipulah sekiranya kita kata tidak pernah ada langsung di dalam hati kita penyakit-penyakit hati. 
Nah sekiranya kita telah berasa seperti itu pun sebenarnya petanda kita telah ada penyakit hati. 
Terlalu banyak penyakit hati yang boleh hinggap di hati kita. Ujub, riak, takabur, sum'ah dan sebagainya.

Saya juga cukup risau, apabila kita telah menjadi seorang dai'e, kita mula memandang rendah kepada orang lain. Kita mula berburuk sangka terhadap orang lain. Sehinggakan kita merasakan kita lah yang paling soleh, yang paling betul dalam bab agama.
Saya teringat kata-kata naqib usrah kami, kadang-kadang kita taksub dengan diri kita sendiri, sehinggakan kita malu untuk melakukan kerja-kerja kecil dan tidak ternama seperti memegang plastik mengutip derma, menjaga lalulintas untuk program dan sebagainya. 

Dan ingatlah syaitan itu tidak akan pernah mengalah dalam menyesatkan manusia. Suka untuk saya gambarkan bahawasanya syaitan sentiasa mempunyai dua plan. Iaitu Plan A ialah dengan menghasut manusia melakukan kejahatan. Namun apabila Plan A nya gagal dan manusia itu malah melakukan amal kebajikan, syaitan akan melancarkan Plan B iaitu meletakkan perasaan-perasaan seperti riak dengan kebaikan yang dilakukan.

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pernah berkata, akhirnya yang mengetahui jiwa siapakah yang bersih, kita sendiri. Apabila diri kita bersih kepada Allah, kita dapat merasakannya. Pada hari hati kita kotor, kita juga dapat merasakannya.
Kalau kita boleh sampai suatu kehendak berugama hanya kerana Allah, kita akan mencapai pembersihan jiwa. 



Pencinta Tuhan,

05.06.2014

Wednesday, 28 May 2014

The Internship

Bismillahirahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers.

Minggu ni hampir berakhir menandakan minggu ke-19 bergelar trainee di Dr Nik & Associates juga hampir berakhir. 

Fikiran dan hati mengimbas kembali saat-saat semester akhir tahun ketiga. Semester paling sibuk saya kira. Semester yang dipenuhi dengan taklifan dan tanggungjawab. Semester yang dipenuhi dengan jihad akademik dan projek. Semester yang seolah-olah kita penganggur yang mencari kerja.

Resume dibuat sehabis cantik, ditulis sehabis baik semata-mata untuk menarik hati si Pemberi kerja. 
Ya saya kira semua orang pun begitu. Kita sentiasa ingin nampak yang terbaik di mata manusia.
Namun kadang-kadang kita lupa untuk nampak terbaik di mata Sang Pencipta. 

Perasaan mencari kerja dengan CGPA tidak lah tinggi mana mempunyai kelainan daripada si dia yang tak perlu risau apa-apa. 
Hati sentiasa berbisik "Ada ke company nak ambil aku kerja?" "Mesti susah nak dapat tempat intern ni."



Setelah empat minggu memulakan semester baru, saya mula menghantar resume ke lebih dua puluh company. Saya tidaklah meletakkan harapan kepada company yang gah-gah ternama. Cukuplah mana-mana company yang boleh saya belajar dan mendapat pengalaman lebih dalam bidang kejuruteraan awam.

Saya masih ingat sudah ada beberapa pelajar pandai yang telah mendapat panggilan dan tawaran tempat kerja pada waktu itu. Senang kan jadi budak pandai. Hati mengeluh.

Minggu keenam saya mendapat panggilan daripada Technip. Sejujurnya bagi saya mana-mana company yang tawarkan kerja kepada saya terlebih dahulu, saya akan terimanya dahulu. Bak kata orang tua-tua, siapa cepat dia dapat. Tetapi mungkin tiada jodoh saya dengan Technip, saya terpaksa menolak kerana mereka mahukan saya mula bekerja lebih awal yang sememangnya tidak boleh diterima pihak universiti.

Setelah hari itu, panggilan daripada company mula masuk. Secara keseluruhannya saya mendapat tawaran kerja di Technip, Mecip Global Engineer Kerteh, Petronas Onshore Gas Terminal Kerteh, dua daripada Petronas Carigali Kerteh,  Jurutera Perunding Zaaba, BinaPuri, dan Dr Nik & Associates. 



(Terima Kasih kepada kesemua company tersebut kerana telah menawarkan kerja kepada saya insan yang hina)

Alhamdulillah. Allah Maha Pemurah.

Apabila mendapat tawaran-tawaran itu, saya mendapat respond positif dan negatif dari pelbagai sudut.

"Tahniah. Bukan senang nak dapat .... Pointer kena tinggi."
"Perghh..Banyak nye dia dapat. Pointer dia berapa dowh??"
"Oh niza dapat situ yer. Mesti senang kan nak dapat situ. Dia tak tengok pointer kot."
"Company tu mesti terdesak nak pakai orang sangat tu. Tu yang dia offer tu."

Hmmm. bagi yang tak tahu mereka anggap saya punya pointer tinggi yang amat. bagi yang dah tahu pulak beri respond negatif yang mendownkan pulak. Begitulah manusia. =) Saya hanya mampu tersenyum.

Tidak ada apa yang hendak dibanggakan langsung. Tidak terlintas dihati saya untuk bermegah dengan apa yang saya terima. Saya pun masih sedar diri CGPA pun tak lebih 3.00 ekoran zaman kegelapan atau zaman kemerosotan akademik sewaktu di tahun pertama semester pertama. Apa yang hendak saya sampaikan, semua yang kita terima tak kiralah apa adalah daripada Pencipta kita. Allah Maha Besar. 
Tak semestinya kita pandai kita dapat rezeki lebih. Tak semestinya kita banyak berusaha kita dapat semua yang kita nak. 

Back to basic. Allah Yang Memberi Rezeki. 

Allah Subhannahu wa Ta”ala berfirman,
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.” (At Thalaq 2-3)

Jadi konklusi entry pada kali ini. Have faith in Allah. Strive hard, pray harder. That's all.
Apa yang boleh saya kongsikan sedikit amalan untuk murahkan rezeki 

1. Jaga Solat. Solat awal waktu.
2. Solat dhuha. Banyak berdoa murahkan rezeki.
3. Bersedekah tak kira siapa tak kira bila tak kira berapa.
4. Banyakkan tolong orang lain. Nescaya Allah akan tolong kita.
5. Buat kerja-kerja Islam. Seriously.  

Orite. All the best kepada adik-adik yang bakal intern, saudara saudari yang masih mencari kerja.
May Allah ease all of you. =)

Pencinta Tuhan,

28.05.2014





Friday, 16 May 2014

Saya Sayang Cikgu

Bismillahirahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers.

Saya kira semua orang di dunia ini mempunyai guru, cikgu, pensyarah atau lebih spesifiknya pendidik.
Tak kira lah sekolah mana kita belajar, universiti mana ataupun tidak melanjutkan pelajaran di mana-mana meskipun pasti mempunyai seseorang di dalam hidupnya yang membimbingnya, memberinya ilmu kehidupan walau secara direct atau indirect.



Bila disebutkan perkataan guru saya teringat saat umur saya 5 6 tahun, lahir minat yang mendalam untuk menjadi seorang guru. Kasut tumit tinggi ibu dipakai, kapur dibeli untuk menulis di papan hitam. Oh sekejap. Bukan papan hitam pun. Cuma tulis di almari kayu sahaja. Buku-buku yang ada dijadikan bahan untuk saya menanda betul atau salah, memberi markah kepada 'anak-anak murid' saya yang tidak pernah wujud. Gila. Haha. Begitu lah keseronokan menjadi seorang 'guru' walaupun hanya fantasi di zaman kecil.

Sejak masih kecil sehinggalah kini tidak pernah ada suatu masa pun saya hidup tanpa berguru. Bagi saya sesiapa sahaja yang memberikan saya ilmu tidak kira lah akademik mahupun non akademik atau secara tepatnya ilmu kehidupan, saya akan menganggapnya sebagai guru.
Ya kita semua juga guru. Kita belajar dan kita juga mengajar. Kita dapat ilmu dan kita berkongsi ilmu.

“Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi Kitab (iaitu), ‘Hendaklah kamu menerangkannya (isi Kitab itu) kepada manusia dan janganlah kamu menyembunyikannya….’” (Al-Imran, 3: 187)

Jadi pada tanggal 16 May ini, saya dengan rendah hati ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru saya di Tadika Perpaduan, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa, SMK Ismail Petra, SMK Pengkalan Chepa 2, MRSM Kuala Terengganu, pensyarah-pensyarah UTP, ustaz ustazah, alim ulama, naqib naqibah, sahabat-sahabat dan ibu bapa serta keluarga saya yang telah banyak mengajar saya tentang erti kehidupan.

Dalam banyak-banyak kenangan bersama guru-guru, ada satu peristiwa yang tidak boleh saya lupa.
Pemilihan Lembaga Disiplin pelajar MRSM Kuala Terengganu. Ya waktu tu guru-guru (guru disiplin terutamanya) bersama senior-senior LDP sedang membuat tapisan permohonan LDP di MRSM saya.

Tiba-tiba...

"Biar betul cikgu nak lantik dia jadi Naib Presiden LDP. Dahla baru lepas masuk JDM"

**Bagi sesiapa yang bukan pelajar MRSM, JDM ialah Jawatnkuasa Disiplin Maktab lebih kurang ala-ala makhamah MRSM untuk 'penjenayah' yang melanggar disiplin MRSM**

Tertunduk malu di hadapan ramai orang. Walaupun 'jenayah' yang dilakukan cuma ponteng kelas sehari disebabkan pulang ke rumah, 'penjenayah' tetap 'penjenayah'.

Kemudian seorang cikgu disiplin bersuara
"Takpe benda dah lepas. Bagi dia peluang." (lebih kurang lah ayat dia gua pun lupa macam mana ayat dia sebenarnya)

Jadi setelah kejadian itu maka saya dilantik menjadi Naib Presiden Lembaga Disiplin Pelajar MRSM Kuala Terengganu bagi sesi tersebut.
bukan perkara ini yang hendak dihighlightkan tetapi kepercayaan dan kasih sayang cikgu kepada kita. Di saat orang lain semua tidak percayakan kita dan memandang rendah terhadap kita, cikgu lah yang selalu memberi dorongan kepada kita dan sentiasa yakin dengan kita sehinggalah kita berjaya pada hari ni.
Keberkatan doa guru-guru juga menjadikan kita insan berguna saat ini.

So last but not least,
Terima kasih cikgu-cikgu dan semua insan yang pernah mendidikku,
Semoga Allah membalas segala amal baikmu, Selamat Hari Guru. (Pantun 2 kerat)



With love,

Pencinta Tuhan.

16.05.2014