Sunday 11 May 2014

Men are From Makkah, Women are From Madinah

Bismillahirahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers.
So today insyaAllah misi entry pada kali ini adalah untuk mencoretkan sedikit hasil buah tangan dari majlis ilmu Ustaz Ridhauddin Mohd Salleh. masha'Allah the talk was so awesome and full of new knowledge that we could share and implement. 

Pernah baca buku Men are From Mars, Women are From Venus? 
So for this entry let's change it in more "Islamic'' we call it
''Men are From Makkah, Women are From Madinah'' 

Pernah tak rasa tak puas hati dengan golongan yang opposite gender?
Pernah tak rasa kita tak pernah faham mereka, mereka tak pernah faham kita?
*Fikir 20 saat*

Muzlimin kopiah: Muslimat ni akal pendek lah. Selalu cakap takde point. Mencapah. 
Muzlimat tegar: Muslimin semua memang ego tinggi. berlagak jer lebih.
 *Geleng-geleng kepala* 

Agak-agaknya, adakah rumah sebegini akan aman ahlinya?Adakah dengan perasaan-perasaan 'antimuslimin' 'antimuslimat' ini akan membuatkan sesuatu organisasi menjadi lebih baik?
 okay. Jadi macam mana?Nak terima seadanya?Nak buat donno saje?
Bak kata orang dulu-dulu, kalau nak selesaikan sesuatu perkara, kita kena tahu dan selidik dulu perkara tu.
jadi kenapa muslimin bersikap macam tu macam ni?
dan kenapa muslimat pulak macam tu macam ni?
okay mari kita ulangkaji Biology yang telah lama kita 'clash' sejak selepas SPM.

Wanita/Muslimat: 
Mempunyai hormon estrogen yang menyebabkan wanita atau muslimat boleh membuat banyak perkara dalam satu masa. dan hormon ni membuatkan muslimat mempunyai pandangan yang lebih luas, dll.
 
                                     
Lelaki/Muslimin:
Mempunyai hormon testosterone yang menyebabkan lelaki atau muslimin lebih tunnel vision, tak boleh buat banyak benda dalam satu masa, ganas, mudah marah dll.

Haaa. so dah nampak punca perbezaan antara dua ciptaan Allah ini? subhanAllah Allah Maha Besar Maha Mengetahui apa yang terbaik dalam setiap inci ciptaanNya.
sebelum saya menokhtahkan entry pada kali ini, mari kita sama-sama cari jalan yang mendamaikan.

1. Kena ada human touch dalam menegur. Muslimin kena faham muslimat yang hatinya lembut jadi jangan tegur dengan kasar. dan Muslimat kena faham muslimin ada ego yang tinggi, jadi jangan tegurnya di khalayak ramai. 
2. Respect to be respected. kalau kita tak dapat hormati perbezaan yang ada pada ciptaan Tuhan, mana mungkin kita mahu mendapat kehormatan dari ciptaanNya?
3. Cipta peluang. Lihat segala kekurangan dan masalah yang ada sebagai peluang untuk kita menjana tenaga dan pahala. Kalau muslimin tidak dapat membuat banyak kerja dalam satu masa, biar muslimat membantunya. dan kalau muslimat tidak dapat fokus dalam memberi idea atau keputusan, muslimin ada untuk mengetuainya.

nahh hadam tiga perkara ni dalam benak pemikiran dan hati memasing. Reset hati untuk berubah dan uruskan perbezaan yang ada ini dengan nilai agama. Khilaf yang ada perlu diurus sesama ahli dengan selembut mungkin. Uruskan perbezaan untuk mewarna-warnikan organisasi. =)

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi pelindung (penolong) bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah ; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” 
[QS. At Taubah (9):71].

p/s: Jaga hati, jaga iman dan jaga muamalat. Apa lagi roh yang ada pada organisasi kalau hubungan antara muslimin dan muslimatnya tiada batasan? renung-renungkan dan selamat beramal~~  =D


Pencinta Tuhan,

11.05.2014
  

2 comments:

  1. ja, sy xtau pun awk ada blog..nice..keep it up. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye ummi..haha baru jer buat beberapa hari lepas.tq ummi ;)

      Delete