Friday 16 May 2014

Saya Sayang Cikgu

Bismillahirahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers.

Saya kira semua orang di dunia ini mempunyai guru, cikgu, pensyarah atau lebih spesifiknya pendidik.
Tak kira lah sekolah mana kita belajar, universiti mana ataupun tidak melanjutkan pelajaran di mana-mana meskipun pasti mempunyai seseorang di dalam hidupnya yang membimbingnya, memberinya ilmu kehidupan walau secara direct atau indirect.



Bila disebutkan perkataan guru saya teringat saat umur saya 5 6 tahun, lahir minat yang mendalam untuk menjadi seorang guru. Kasut tumit tinggi ibu dipakai, kapur dibeli untuk menulis di papan hitam. Oh sekejap. Bukan papan hitam pun. Cuma tulis di almari kayu sahaja. Buku-buku yang ada dijadikan bahan untuk saya menanda betul atau salah, memberi markah kepada 'anak-anak murid' saya yang tidak pernah wujud. Gila. Haha. Begitu lah keseronokan menjadi seorang 'guru' walaupun hanya fantasi di zaman kecil.

Sejak masih kecil sehinggalah kini tidak pernah ada suatu masa pun saya hidup tanpa berguru. Bagi saya sesiapa sahaja yang memberikan saya ilmu tidak kira lah akademik mahupun non akademik atau secara tepatnya ilmu kehidupan, saya akan menganggapnya sebagai guru.
Ya kita semua juga guru. Kita belajar dan kita juga mengajar. Kita dapat ilmu dan kita berkongsi ilmu.

“Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi Kitab (iaitu), ‘Hendaklah kamu menerangkannya (isi Kitab itu) kepada manusia dan janganlah kamu menyembunyikannya….’” (Al-Imran, 3: 187)

Jadi pada tanggal 16 May ini, saya dengan rendah hati ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru saya di Tadika Perpaduan, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa, SMK Ismail Petra, SMK Pengkalan Chepa 2, MRSM Kuala Terengganu, pensyarah-pensyarah UTP, ustaz ustazah, alim ulama, naqib naqibah, sahabat-sahabat dan ibu bapa serta keluarga saya yang telah banyak mengajar saya tentang erti kehidupan.

Dalam banyak-banyak kenangan bersama guru-guru, ada satu peristiwa yang tidak boleh saya lupa.
Pemilihan Lembaga Disiplin pelajar MRSM Kuala Terengganu. Ya waktu tu guru-guru (guru disiplin terutamanya) bersama senior-senior LDP sedang membuat tapisan permohonan LDP di MRSM saya.

Tiba-tiba...

"Biar betul cikgu nak lantik dia jadi Naib Presiden LDP. Dahla baru lepas masuk JDM"

**Bagi sesiapa yang bukan pelajar MRSM, JDM ialah Jawatnkuasa Disiplin Maktab lebih kurang ala-ala makhamah MRSM untuk 'penjenayah' yang melanggar disiplin MRSM**

Tertunduk malu di hadapan ramai orang. Walaupun 'jenayah' yang dilakukan cuma ponteng kelas sehari disebabkan pulang ke rumah, 'penjenayah' tetap 'penjenayah'.

Kemudian seorang cikgu disiplin bersuara
"Takpe benda dah lepas. Bagi dia peluang." (lebih kurang lah ayat dia gua pun lupa macam mana ayat dia sebenarnya)

Jadi setelah kejadian itu maka saya dilantik menjadi Naib Presiden Lembaga Disiplin Pelajar MRSM Kuala Terengganu bagi sesi tersebut.
bukan perkara ini yang hendak dihighlightkan tetapi kepercayaan dan kasih sayang cikgu kepada kita. Di saat orang lain semua tidak percayakan kita dan memandang rendah terhadap kita, cikgu lah yang selalu memberi dorongan kepada kita dan sentiasa yakin dengan kita sehinggalah kita berjaya pada hari ni.
Keberkatan doa guru-guru juga menjadikan kita insan berguna saat ini.

So last but not least,
Terima kasih cikgu-cikgu dan semua insan yang pernah mendidikku,
Semoga Allah membalas segala amal baikmu, Selamat Hari Guru. (Pantun 2 kerat)



With love,

Pencinta Tuhan.

16.05.2014






No comments:

Post a Comment