Wednesday 14 May 2014

Siapa diri kita sebenarnya?

Bismillahirahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers.

Setelah jam menunjukkan pukul 10 pagi dan diri yang kerdil ini masih tidak diberi sebarang kerja oleh mana-mana jurutera, saya bertekad untuk mencari kerja.

jadi nak dijadikan cerita YouTube dibuka lantas tangan menaip Ustaz Abdullah Khairi.
Ya inilah kerja saya. Walau kurang kejuruteraanya di situ tetapi insyaAllah semoga Allah redha.

sebelum pergi lebih jauh, siapa Ustaz Abdullah Khairi? Sahabat-sahabat boleh lah menGoogle sendiri kerana tujuan entry saya pada kali ini bukanlah untuk memperkenalkan siapa ustaz tetapi untuk mencoretkan apa yang dikatakan oleh ustaz.

back to the question, Siapa diri kita sebenarnya?


kalau kita solat pun tidak, kita tidak kenal diri kita.
kalau kita puasa pun tidak, kita tidak kenal diri kita.
kalau kita Al-Quran pun tidak boleh baca, kita tidak kenal diri kita.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w, " Barangsiapa mengenal dirinya, dia akan mengenal Tuhannya."

Bila kita kenal dan faham diri kita, kita akan yakin bahawa hidup kita ini sebagai hamba Allah sahaja.

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku" (Az-zariyat:56)

Sahabat-sahabat sekalian, kita jangan bagi alasan dalam membuat ibadat dan amal.

kita sibuk mengecat rumah, pasang lampu untuk mencantikkan rumah kita, tapi kita tak cantikkan dan terangkan rumah kubur untuk kita.

kita sibuk dengan kereta mewah kita, tapi masjid pon kita jarang-jarang ada.

Kita telah gunakan dunia semata-mata untuk dunia tapi bukan jambatan untuk akhirat.

Sahabat-sahabat, mata kita hebat bila boleh melihat. Tapi mata yang hebat di sisi Allah ialah mata yang di waktu malam menangis kerana mengingat dosa-dosanya.
Kenapa kita tidak boleh menangis? Kerana iman di dada.

Ada orang boleh dengar radio berjam-jam, tapi tak mampu dengar tazkirah atau kuliah 20 minit.
Kenapa? Kerana iman kita.

Ada orang boleh bercakap berjam-jam tapi tak mampu berzikir untuk 5 minit.
Kenapa? Kerana iman kita.

Ada orang boleh baca newspaper dari muka pertama sehingga akhir, tapi pagi ini tak mampu baca Al-Quran walau dua ayat.
Kenapa? Kerana iman kita.

RM50 yang kita ada cukup besar bila kita berada di dalam masjid untuk memberi derma, tapi RM50 kita sangat kecil nilainya bila berada di Tesco, Giant dan supermarket.
Kenapa? Kerana iman kita.

Sahabat-sahabat, kalau kita kenal Allah, kita hebat.
Bila kita kenal diri kita, kita kenal Allah. Bila kita kenal Allah, kita kenal diri kita.

Macam mana nak kenal Allah?

* Cara ibadat sempurna
* Bacaan Al-Quran dengan elok
* Ambil wuduk dengan elok
* Solat dengan elok



dan kalau kita kenal diri kita, kita kena jadi anak yang soleh, suami yang soleh, isteri yang solehah dan kita kena jadi pemimpin yang soleh. insyaAllah. =)

https://www.youtube.com/watch?v=8D9nKsLGDMU


Pencinta Tuhan,

14.05.2014



No comments:

Post a Comment