Salam perjuangan buat gadis-gadis haraki,
Yang sedia menyerahkan harta dan jiwanya demi Allah, yang hatinya terpasak aqidah perjuangan yang kukuh, yang teguh tanpa ragu-ragu, berintima’ dengan Harakah Islam yang semata-mata jelas perjuangannya demi menegakkan kalimah Allah hingga mencapai kemenangan atau Syahid dipertengahan jalan,
moga- moga hingga helaan nafas detik ini masih tsabat dan berkobar- kobar semangatnya ingin meneruskan perjuangan.
Saya mengenal Perjuangan dengan penuh rasa takjub, kepada Allah yang menciptakan gadis-gadis haraki yang begitu degil, keras hati, dan tidak mudah mengalah dengan arus demi arus yang merintangi, semua itu ditanggapi sebagai proses tarbiyah yang menjadi makanan dalam perjuangan islam,
mulanya tertanya-tanya atas dasar apa mereka tidak tidur, berbagi kelas dengan meeting, usrah dan sebagainya, tapi akademiknya tidak lumpuh malah terus menerus dengan kecemerlangan.
Gadis Haraki bukan gadis yang berjalan penuh keayuan, bercakap dengan suara yang hampir tidak kedengaran, dia bukan juga gadis idaman dalam filem- filem cinta islamik, juga bukan yang sentiasa menjinjing novel- novel cinta islamik, jika anda mencari muslimat seperti itu, maka jauhi gadis-gadis haraki, yang tega dan
bersuara lantang, bukan mengetepikan rasa malu yang sememangnya kembar bagi seorang muslimat, tetapi terpaksa menggadaikan prinsip selagi tidak bercanggah dengan syariat demi Ummah.
Lihat sahaja muslimat-muslimat harakah islam yang sanggup turun meredah banjir lumpur malah berasak-asak ditengah kota di malam tahun baru demi menyampaikan dakwah islam, kepelusuk kampung, malah ke luar negara yang dilanda bencana sekalipun. Dan tentu sahaja si gadis - gadisharaki juga mahu menjadi seperti kekanda dan juga bonda mereka dalam medan perjuangan, justeru, gadis- gadis haraki teguh dan tegar menempuh cakap- cakap sindiran yang menyatakan mereka ini tidak tahu malu, tidak pandai menjaga diri dan
sebagainya kerana gadis- gadis haraki ini sahajalah yang faham, mengapa mereka perlu turun dan betapa besarnya peranan mereka bukan sekadar tinggal diam dirumah, menonton drama korea mahupun
belajar semata-mata.kerana Ummah yang rosak akhlaknya dan penuh dengan budaya jahiliyyah, sentiasa melambai- lambai menuntut gadis-gadis haraki turun, atau lainnya menjawab nanti dihadapan Allah, itu
pilihan bagi gadis- gadis haraki.
Bukan sedikit tukaran yang terpaksa dibayar gadis-gadis haraki ini, tentangan keluarga yang tidak betah melihat anak gadisnya lincah kesana- kemari, sahabat- sahabat berbeza fikrah yang tidak akan mengerti,
malah kadang kala gadis-gadis haraki tidak terlepas dari ujian cinta yang sentiasa mengejari, maka si gadis haraki terus menerus mohon ditsabatkan Allah dalam medan perjuangan ini sehingga akhir hayatnya, kerana mereka sedar rantaian perjuangan islam ini sentiasa silih berganti, maka mereka- mereka inilah yang bakal
menjadi tampuk perjuangan di masa hadapan nanti, jadi terus-menerus si gadis haraki berdoa agar tidak futur
dipertengahan jalan dan semangatnya mati.
Si gadis haraki tidak penah jemu mengisi lompong- lompong dalam memahami perjuangan, sentiasa mengisi tsaqafah dengan bahan bacaan, rak bukunya penuh dengan makalah- makalah usrah, kitab-kitab haraki, buku-buku perjuangan dan travelog perjuangan tokoh- tokoh gerakan islam, dan tidak malu bertanya dengan ulama’ dan tidak pernah penat menghadiri usrah dan liqa- liqa kefahaman, agar perjuangan dapat dipegang dengan kukuh, kerana itu si gadis haraki tidak betah tinggal diam dirumah, kerana dia harus melumatkan kefahamannya terlebih dahulu sebelum memanggil gadis lain menyertai perjuangan ini.
Maka pejuang-pejuang harakah islamiyah diluar sana, jika anda inginkan suri hidup yang 24 jam dirumah, mengemas, mengulit si anak, tidak keluar berjuang sekalipun ke usrah, maka jauhilah gadis-gadis haraki, dan janganlah membantutkan semangat juang si gadis-gadis haraki.
Maka si gadis- gadis haraki, teruslah pegangi akidah perjuangan ini, yakini, dan berakhlak seperti engkau yang telah ditarbiyah, usah pernah berhenti, atau berniat untuk berehat sebentar, kerana perjuangan ini bersifat terus menerus dan memerlukan keistiqamahan, percayalah rehatmu yang awalnya dua bulan, bisa menjadi 4 bulan, setahun atau selama-lamanya engkau mungkin tidak akan menjejaki lagi jalan juang ini.
Usah pernah jemu nasihat menasihati kerana sahabat- sahabatmu bukanlah manusia sempurna, yang kadangkala tewas dalam siri- siri ujian yang Allah timpakan demi menguji keimanan mereka, ribat
tangan mereka sehingga kehujung jalan, kekuatan ukhwah kerana Allah itu luarbiasa
gengaman hatinya, maka jagalah mereka seperti engkau menjaga dirimu sendiri.
Sememangnya tidak dapat kita nafikan betapa halusnya perasaan seorang muslimat, malah ramai dikalangan muslimat yang tewas hanya kerana ditegur dalam mesyuarat secara tidak berhikmah, ingin melarikan diri dari perjuangan semata-mata kerana merasa diri dipinggirkan berbanding teman- teman, justeru, gadis-
gadis haraki yang benar- benar ikhlas dalam perjuangan ini, ayuh kita ketepikan soal hati dan perasaan dan sentiasa melatih diri menjadi gadis- gadis haraki yang teguh hati dan sentiasa ikhlas dalam perjuangan,
bukan kerana individu kita berjuang, bukan jua kerana pangkat dan sanjungan tertentu,
tapi benar- benar kerana Allah!
-copied-
Pencinta Tuhan,
18.06.2014

No comments:
Post a Comment