Bismillahirahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers.
Minggu ni hampir berakhir menandakan minggu ke-19 bergelar trainee di Dr Nik & Associates juga hampir berakhir.
Fikiran dan hati mengimbas kembali saat-saat semester akhir tahun ketiga. Semester paling sibuk saya kira. Semester yang dipenuhi dengan taklifan dan tanggungjawab. Semester yang dipenuhi dengan jihad akademik dan projek. Semester yang seolah-olah kita penganggur yang mencari kerja.
(Terima Kasih kepada kesemua company tersebut kerana telah menawarkan kerja kepada saya insan yang hina)
Minggu ni hampir berakhir menandakan minggu ke-19 bergelar trainee di Dr Nik & Associates juga hampir berakhir.
Fikiran dan hati mengimbas kembali saat-saat semester akhir tahun ketiga. Semester paling sibuk saya kira. Semester yang dipenuhi dengan taklifan dan tanggungjawab. Semester yang dipenuhi dengan jihad akademik dan projek. Semester yang seolah-olah kita penganggur yang mencari kerja.
Resume dibuat sehabis cantik, ditulis sehabis baik semata-mata untuk menarik hati si Pemberi kerja.
Ya saya kira semua orang pun begitu. Kita sentiasa ingin nampak yang terbaik di mata manusia.
Namun kadang-kadang kita lupa untuk nampak terbaik di mata Sang Pencipta.
Perasaan mencari kerja dengan CGPA tidak lah tinggi mana mempunyai kelainan daripada si dia yang tak perlu risau apa-apa.
Hati sentiasa berbisik "Ada ke company nak ambil aku kerja?" "Mesti susah nak dapat tempat intern ni."
Setelah empat minggu memulakan semester baru, saya mula menghantar resume ke lebih dua puluh company. Saya tidaklah meletakkan harapan kepada company yang gah-gah ternama. Cukuplah mana-mana company yang boleh saya belajar dan mendapat pengalaman lebih dalam bidang kejuruteraan awam.
Saya masih ingat sudah ada beberapa pelajar pandai yang telah mendapat panggilan dan tawaran tempat kerja pada waktu itu. Senang kan jadi budak pandai. Hati mengeluh.
Minggu keenam saya mendapat panggilan daripada Technip. Sejujurnya bagi saya mana-mana company yang tawarkan kerja kepada saya terlebih dahulu, saya akan terimanya dahulu. Bak kata orang tua-tua, siapa cepat dia dapat. Tetapi mungkin tiada jodoh saya dengan Technip, saya terpaksa menolak kerana mereka mahukan saya mula bekerja lebih awal yang sememangnya tidak boleh diterima pihak universiti.
Setelah hari itu, panggilan daripada company mula masuk. Secara keseluruhannya saya mendapat tawaran kerja di Technip, Mecip Global Engineer Kerteh, Petronas Onshore Gas Terminal Kerteh, dua daripada Petronas Carigali Kerteh, Jurutera Perunding Zaaba, BinaPuri, dan Dr Nik & Associates.
(Terima Kasih kepada kesemua company tersebut kerana telah menawarkan kerja kepada saya insan yang hina)
Alhamdulillah. Allah Maha Pemurah.
Apabila mendapat tawaran-tawaran itu, saya mendapat respond positif dan negatif dari pelbagai sudut.
"Tahniah. Bukan senang nak dapat .... Pointer kena tinggi."
"Perghh..Banyak nye dia dapat. Pointer dia berapa dowh??"
"Oh niza dapat situ yer. Mesti senang kan nak dapat situ. Dia tak tengok pointer kot."
"Company tu mesti terdesak nak pakai orang sangat tu. Tu yang dia offer tu."
Hmmm. bagi yang tak tahu mereka anggap saya punya pointer tinggi yang amat. bagi yang dah tahu pulak beri respond negatif yang mendownkan pulak. Begitulah manusia. =) Saya hanya mampu tersenyum.
Tidak ada apa yang hendak dibanggakan langsung. Tidak terlintas dihati saya untuk bermegah dengan apa yang saya terima. Saya pun masih sedar diri CGPA pun tak lebih 3.00 ekoran zaman kegelapan atau zaman kemerosotan akademik sewaktu di tahun pertama semester pertama. Apa yang hendak saya sampaikan, semua yang kita terima tak kiralah apa adalah daripada Pencipta kita. Allah Maha Besar.
Tak semestinya kita pandai kita dapat rezeki lebih. Tak semestinya kita banyak berusaha kita dapat semua yang kita nak.
Back to basic. Allah Yang Memberi Rezeki.
Allah Subhannahu wa Ta”ala berfirman,
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.” (At Thalaq 2-3)
Jadi konklusi entry pada kali ini. Have faith in Allah. Strive hard, pray harder. That's all.
Apa yang boleh saya kongsikan sedikit amalan untuk murahkan rezeki
1. Jaga Solat. Solat awal waktu.
2. Solat dhuha. Banyak berdoa murahkan rezeki.
3. Bersedekah tak kira siapa tak kira bila tak kira berapa.
4. Banyakkan tolong orang lain. Nescaya Allah akan tolong kita.
4. Banyakkan tolong orang lain. Nescaya Allah akan tolong kita.
5. Buat kerja-kerja Islam. Seriously.
Orite. All the best kepada adik-adik yang bakal intern, saudara saudari yang masih mencari kerja.
May Allah ease all of you. =)
May Allah ease all of you. =)
Pencinta Tuhan,
28.05.2014
betol nieza... pointer bkn segala2nya...doa dan usaha dperlukn..pointer tnggi sgt tp ibadah ke laut xboleh jgk..tahniah nieza! insyaAllah bakal seorg civil engineer muslimah berjaya :)
ReplyDeleteregards,
dormate,ldpmate (tqah) =)
heee. hye tiqah. :D mekaseh.. ameen. Awk pun sama. All the best. insyaAllah rezeki di tangan Allah =)
DeleteSalam, Tahniah kpd saudari sbb dpat tawaran kerja yg banyak. boleh sy dpatkan resume saudari dan cover letter? Byk company2 besa tawar keja. mesti resume tu buat HR tertarik..hehe..kalau x keberatan emel ke saya ye utk dijadikan panduan. fiqrullah.yusof@gmail.com. terima kasih.
ReplyDelete"Apalah ada pada pointer kalau maleh nak bekerja." Amboii ayat akak.. Haha.. All the best nieyza! tak kisahlah intern dekat mana, yang penting pengalaman tu ada. Kem salam kat dia orang yang masih lagi ingat dekat akak k.. =)
ReplyDelete