Thursday 15 May 2014

Hudud : Bersediakah kita?

Bismillahirahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers.

Seperti hari-hari yang lalu, saat berganti saat, minit berganti minit dan jam berganti jam. Diri ini tidak akan mensia-siakan detik waktu yang terluang di pejabat ini tanpa berbuat apa-apa. 

jadi entry pada kali ini akan mensimpulkan sedikit hasil dari forum 
"Hudud: Bersediakah kita?"


*isi entry ini tidaklah seratus peratus ditulis persis forum selama satu jam empat puluh dua minit itu. mungkin ada kata-kata yang saya ringkaskan mengikut ayat saya sendiri.*

Sebelum kita pergi lebih jauh, ma ma'na hudud? 
Hudud ialah hukuman atau pembalasan ke atas penjenayah sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah S.W.T akan bentuk dan jumlah hukumannya dengan nas yang jelas di di dalam Al-Quran.

"dan tidaklah layak bagi orang yang beriman samada lelaki atau perempuan, apabila telah ditetapkan oleh Allah swt dan RasulNya akan sesuatu perkara, bahawa ia membuat pilihan yang lain selain dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang mengingkari Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan suatu kesesatan yang nyata." (Al-Ahzab:36)

Allah mencipta manusia, dan Allah mengetahui undang-undang yang terbaik untuk manusia, 
dan sesungguhnya undang-undang ciptaan manusia tidak dapat menyelesaikan masalah di dunia.

Seperti yang diperkatakan oleh Dato' Dr Maza, sebagai orang Muslim kita tidak akan mempertikaikan hudud sebagai undang-undang yang disebut oleh Allah di dalam Al-Quran. Kita tidak mempertikaikan hukum cuma membincangkan bagaimana hukum itu perlu diperlaksanakan

Di zaman moden ini ada negara-negara yang cuba melaksanakan hudud seperti Pakistan, Libya, Sudan dan Nigeria yang cuba melaksanakan hudud tetapi telah menghentikan disebabkan faktor perubahan keadaan.

Ahli fiqh, Dr Mohamed Salim El-Awa menyebut kerana disebabkan keadaan yang tidak sama yang memerlukan beberapa perkara baru dilihat dan memerlukan ijtihad-ijtihad baru.

Perjuangan hudud ini bukan suatu perjuangan yang mudah.
Bagaimana hudud ini perlu dilaksanakan sehingga mencapai maksud keadilan yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w.

Ketika Nabi Muhammad s.a.w hendak melaksanakan hudud, Baginda memastikan beberapa perkara :

1. Nabi memudahkan yang halal dan memayahkan yang haram sehingga tidak ada alasan bagi orang untuk berzina. Tetapi kalau masyarakat kita yang merancang untuk berkahwin pada hari ini, tetapi tahun hadapan baru dapat berkahwin, kita mungkin menghadapi sedikit masalah dalam suasana itu. Suasana itu yang tidak menggalakkan. 

2. Nabi Muhammad s.a.w tidak ada sebarang kepentingan untuk dirinya ketika melaksanakan hudud.
Hudud boleh dilaksanakan apabila manusia sama di hadapan undang-undang. Dalam satu masyarakat yang di istana sama sahaja seperti yang berada di rumah buruk boleh dibawa ke makhamah, hudud akan berfungsi.

“Wahai manusia! Sesungguhnya binasa orang yang terdahulu daripada kamu kerana mereka itu apabila seorang bangsawan dalam kalangan mereka mencuri, dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, dilaksanakan hukum ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah anak Muhammad (puteri Rasulullah) itu mencuri, nescaya ku potong tangannya” 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kalau kita hendak melaksanakan hudud, landasan (perancangan) mesti clear. Polis mesti bebas rasuah. Tidak ada makhamah khas kerana semua hukuman hendaklah sama antara sultan, raja dan rakyat biasa.
Jiran tidak boleh membiarkan jiran kelaparan. Kemaskinikan sistem zakat negara kita sehingga orang mencuri tidak ada alasan kenapa dia mencuri.
Sehingga suasana kondusif, maka kita boleh melaksanakan. Kita perlu membina landasan yang kukuh untuk mewujudkan masyarakat harmoni.

Saya juga bersetuju dengan Ustaz Dato Amar yang mana hasrat kerajaan Kelantan iaitu untuk meletakkan undang-undang Islam di tempatnya dan diiktiraf. Soal bila kita hendak melaksanakan bergantung kepada syarat-syarat dan kaedah perundangan. 

Dalam Islam konsep adil bukan meletakkan sesuatu yang sama atau memberi bahagian sama. Adil ialah meletakkan sesuatu di tempatnya. Ianya adil apabila hanya Muslim dikenakan hudud kerana mereka memilih Islam sebagai agamanya sendiri, memilih seluruh ajaran Islam termasuk undang-undang Islam.
Sama seperti orang masuk tentera, dia bukan memilih untuk hanya memakai baju tentera tetapi dia perlu bersetuju menerima segala peraturan sebagai seorang tentera. Suka ataupun tidak itu adalah pilihannya. Non Muslim pula ada hukuman civil dan hukuman ta'zir. Mereka juga tidak akan bebas dari perbicaraan.
Non muslim juga tidak perlu takut dan bimbang terhadap hukum Hudud. Mereka tidak dipaksa untuk menerima hukum Hudud jika mereka tidak mahu berhukum dengan hukuman Hudud bahkan mereka kekal di bawah perlaksanaan hukum sedia ada. Firman Allah swt. di dalam surah al Maaidah ayat 42 :

"Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."

Jadi apa boleh dikonklusikan daripada forum ini, bagi pendapat saya sebagai hamba Allah, pertamanya perlu ditekankan bahawasanya hudud ini bukanlah undang-undang Parti Islam SeMalaysia, tetapi hudud ini adalah undang-undang Islam yang diturunkan oleh Allah S.W.T. dan hudud wajib dilaksanakan dan diusahakan perlaksanaannya. Di samping kita berusaha meletakkan hudud sebagai salah satu daripada undang-undang negara, pemimpin dan juga rakyat perlu sama berusaha menyediakan landasan dan prasarana yang cukup untuk negara kita. Apa yang dimaksudkan dengan landasan dengan prasarana ini ialah berkaitan suasana dan juga ummah atau masyarakat itu sendiri. Alasan-alasan seperti negara mempunyai masyarakat majmuk dan tidak memahami hudud maka hudud tidak boleh dilaksanakan ialah hanya sekadar alasan. Yang mana ajaibnya undang-undang British yang tidak pernah diterangkan dan difahami oleh masyarakat kita tetap dilaksanakan meskipun tiada penduduk tetap yang berbangsa British di negara kita. Jadi kenapa mempersoalkan undang-undang Islam yang mana majoriti masyarakat kita beragama Islam.
Namun begitu, seperti kata Dr Maza, Islam tidak pernah kata hudud dapat menyelesaikan masalah jenayah, tetapi Islam yang lengkap itu dapat membantu kepada hal ini. Sama-sama lah kita membina ummah dan menjadikan Islam as our way of life. insyaAllah.



sumber: 

Pencinta Tuhan, 

15.05.2014







No comments:

Post a Comment